Kursus Keusahawanan Kraftangan Manik (Peyote Stitch Beading)
20 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg Taee dengan kerjasama P.M.Y Collection iaitu Puan Priscilla Michael dan Encik Mike Redway pada tahun 2020 telah mengadakan kursus kraftangan manik (Peyote Stitch). Peyote Stitch adalah kaedah sulaman manik untuk aksesori hiasan. Kursus kali ini disertai oleh 11 orang peserta. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk membantu usahawan baru memperluaskan perniagaan mereka dengan orang ramai. Selain itu, membantu menambah pendapatan mereka dengan menjadi tenaga pengajar untuk setiap sesi pembelajaran yang dilakukan. Pusat Internet menjadi satu platform untuk para usahawan untuk berniaga secara dalam talian dan boleh mempromosikan mereka.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kursus ini adalah peserta boleh mendapat ilmu membuat manik dan boeh membantu mereka untuk membuka peluang perniagaan. Tempat khas disediakan di Pusat Internet iaitu dalam bilik latihan dan peserta boleh mengikuti kelas dengan selesa. Selain itu, tenaga pengajar boleh meningkatkan teknik bercakap di hadapan umum supaya mereka lebih yakin untuk mempromosikan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: