Kelas Microsoft PowerPoint (Transisi & Bunyi)
19 September 2020 | Aktiviti TerkiniKelas yang diadakan di Pusat Internet Kampung Taee kali ini mengenai Transisi dan Bunyi menggunakan Microsoft PowerPoint. Kelas ini disertai oleh 2 orang pelajar iaitu komuniti Kampung Taee. Selain itu, kelas ini juga disiarkan secara langsung di dalam Facebook Page menggunakan Stream Yard Live Streaming Studio. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar fungsi Transisi dan Bunyi di dalam Microsoft PowerPoint untuk para pelajar gunakan semasa pembentangan.
Pelajar boleh menghasilkan slaid pembentangan mereka dengan lebih interaktif. Selain itu, mengajar pelajar asas dalam Microsoft Powerpoint dengan lebih lanjut. Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah pelajar mendapat pengetahuan tentang cara untuk membuat slaid dengan lebih interaktif menggunakan Microsoft PowerPoint. Selain itu, pelajar yang mendaftar di Pusat Internet Kampung Taee boleh mendapat kelas secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: