Kelas Microsoft Powerpoint (Background & Slaid)
15 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kampung Taee telah mengadakan Kelas Microsoft Office iaitu Microsoft PowerPoint membuat Background dan Slaid. Kelas kali dihadiri oleh 5 orang pelajar sepertimana mengikut SOP yang telah ditetapkan sepanjang Pandemik Covid19. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar meneroka penggunaan Microsoft PowerPoint. Selain itu, mengajar pelajar cara yang betul untuk menambah gambar untuk dijadikan latar belakang dan slaid. Kelas ini juga membantu pelajar untuk memahami penggunaan Microsoft PowerPoint apabila digunakan kerana setiap Microsft Office yang ada mempunyai fungsi yang berbeza.
Kelebihan dan kebaikan mengikuti kelas ini adalah pelajar boleh mendapat penambahan ilmu mengenai ICT iaitu Microsoft Office. Selain itu, kelas ini juga membantu pelajar untuk belajar cara yang betul untuk menggunakan Microsoft PowerPoint. Pusat Internet Kampung Taee menyediakan kelas di dalam keadaan yang selesa, bersih dan mengikut ketetapan SOP seperti semakan suhu badan dan penjarakkan sosial. \
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: