Lawatan Ringkas daripada Pengurus Kanan Wilayah AIM Sarawak ke Pusat Internet Kampung Taee
4 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg Taee berbesar hati menerima kunjungan singkat daripada Pn. Nor Hayati (Pengurus Kanan Wilayah bagi AIM Wilayah Sarawak Selatan Dua) dan En. Hasdiman (Pegawai Eksekutif AIM) dan menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet Kampung Taee. Kami turut mendedahkan tentang aktiviti-aktiviti tahunan Pusat Internet sekaligus memperkenalkan fungsi Pusat Internet sebagai hub teknologi kepada industri e-dagang atau E-Usahawan.
Selaras dengan kemajuan infrastruktur teknologi, Pusat Internet Kampung Taee bersedia bekerjasama dalam membantu para Sahabat AIM untuk memasarkan produk dan belajar secara berkelompok terhadap penguasaan ICT dan maklumat. Melalui pertemuan dan perbincangan ringkas itu tadi, Pusat Internet Kampung Taee akan sentiasa komited dalam merealisasikan serta mencapai hasrat untuk membantu dari segi pembangunan usahawan dalam teknologi dan pemasaran dalam talian. Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi para usahawan kecil khususnya Sahabat AIM. Justeru, kerjasama AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia) bersama Pusat Internet akan dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan selaras dengan perubahan zaman teknologi dan pengkomputeran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: