E-Kelas Live Tutorial Sesi 2020 (E2)
8 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu lalu telah diadakan e-Kelas Live Tutorial dan merupakan satu – satunya sesi untuk matapelajaran Sains dan Matematik untuk bulan Mac 2020. E-Kelas seterusnya akan diadakan semula pada bulan April. E-Kelas kini terhad untuk satu sesi sahaja untuk setiap matapelajaran English, Sains dan Matematik. Seramai 21 orang pelajar yang hadir ke e-Kelas pada kali ini.
Antara tujuan e-Kelas ini adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid terutama di kawasan luar bandar. Selain itu memberi murid ruang untuk belajar secara kendiri dan memberi murid peluang belajar untuk berkolaborasi dengan kawan – kawan dari seluruh Malaysia. E-Kelas ini juga mengajar murid matapelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara percuma.
Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang berkemampuan untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: