E-Kelas Live Tutorial Sesi 2020 (E1)
7 Mac 2020 | Aktiviti Terkinie-Kelas Live Tutorial diadakan sekali lagi pada tahun 2020 untuk sesi pertama bermula pada bulan Mac. Kali ini, e-Kelas telah diterhadkan hanya untuk satu kelas untuk setiap bulan sahaja. Jadi, untuk tahun ini hanya ada 8 sesi kelas sahaja. Untuk hari pertama e-Kelas diadakan pada tahun 2020 kali ini, seramai 22 orang pelajar yang hadir. Untuk minggu ini, ulangkaji eKelas untuk matapelajaran English diadakan hanya untuk pelajar tahun 6 sehingga tingkatan 3 sahaja.
Antara tujuan e-Kelas ini adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid terutama di kawasan luar bandar. Selain itu memberi murid ruang untuk belajar secara kendiri dan memberi murid peluang belajar untuk berkolaborasi dengan kawan – kawan dari seluruh Malaysia. E-Kelas ini juga mengajar murid matapelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara percuma.
Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang berkemampuan untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: