Kelas Asas Komputer dan Fungsinya
19 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat yang lalu telah diadakan Kelas Asas Komputer dan Fungsinya untuk pelajar sekolah rendah. Kelas ini mengajar pelajar mengetahui perkara asas tentang komputer dan mengetahui fungsi setiap kegunaannya. Selepas pengenalan dan pendedahan tentang komputer, pelajar bermain Kahoot untuk menguji pemahan pelajar. Seramai 5 orang pelajar yang mengikuti kelas kali ini.
Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar pelajar tentang asas ICT iaitu komputer. Penggunaan komputer adalah satu kepentingan pada masa ini selaras dengan aras kemodenan dan ICT adalah satu matapelajaran untuk subjek pelajar sekolah rendah. Selain itu, menerangkan kepada pelajar supaya lebih biasa dengan komputer dan fungsinya. Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah pelajar mendapat pengetahuan tentang ICT dan boleh membiasakan mereka dengan komputer. Selain itu membantu mereka memahami setiap fungsi komputer dan memudahkan mereka untuk menggunakannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: