Kelas Asas Animasi Sesi Petang
20 September 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Animasi untuk sesi petang pada hari yang sama diadakan di Pusat Internet Kampung Taee. Kelas Animasi ini khas untuk pelajar yang telah mengikuti kelas komputer dari sesi pertama lagi dan untuk sesi kali ini asas animasi menggunakan Microsoft PowerPoint. Seramai 2 orang pelajar yang mengikuti kelas ini dan juga turut disiarkan secara langsung melalui Stream Yard Live Streaming Studio di Facebook Page Pusat Internet Kampung Taee.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar cara membuat animasi menggunakan Microsoft PowerPoint untuk tujuan pembentangan. Animasi tersebut boleh digunakan di dalam slaid Microsoft PowerPoint. Kelas kali ini mengajar pelajar untuk membolehkan mereka membuat satu slaid yang interaktif. Selain itu, mendedahkan pelajar supaya lebih kreatif membuat animasi yang diingini dan memahami setiap animasi yang akan dihasilkan. Kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah pelajar mengetahui asas untuk membuat animasi menggunakan Microsoft PowerPoint. Selain itu pelajar boleh menghasilkan slaid melalui Microsoft PowerPoint yang kreatif dan interaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: