Kuiz Kahoot Asas Peralatan Komputer & Kegunaan
5 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniSetelah hampir 2 bulan Pusat Internet Kampung Taee tidak beroperasi akibat Covid19, pada 4 Julai yang lalu Kelas ICT telah diadakan semula mengikut SOP yang ditetapkan. Hanya 5 orang yang boleh mengikuti setiap kelas. Kelas pada kali ini terdiri daripada pelajar SK St. John Taee. Untuk sesi pertama, kelas diadakan pada waktu pagi.
Tujuan kelas kali ini untuk mengimbas kembali pembelajaran mengenai ICT dan perlatan komputer yang pelajar sering ikuti di Pusat Internet Kampung Taee. Selain itu pelajar diuji dengan kuiz yang interaktif iaitu Kahoot supaya pelajar masih mengenali peralatan komputer dan kegunaan nya. Kelas ini juga untuk mendedahkan kepada orang ramai bahawa kelas ICT diadakan semula di Pusat Internet Kampung Taee mengikut SOP yang ditetapkan.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah pembelajaran kelas ICT secara percuma yang diadakan di Pusat Internet Kampung Taee mengikut SOP yang ditetapkan berikutan Covid19 yang tular di negara kita sejak bulan Mac yang lalu. Kami di Pusat Internet Kampung Taee akan sentiasa memastikan penjarakan social para pelajar dan kebersihan Pusat Internet Kampung Taee sentiasa terjaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: