Kelas Asas ICT & Kahoot IV
26 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Asas ICT & Kahoot IV diadakan di Pusat Internet Kampung Taee pada 25 Januari yang lepas. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan asas menggunakan komputer dan seterusnya bermain kahoot mengenai pengetahuan am para pelajar. Seramai 12 orang pelajar yang mengikuti kelas ini. Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar para pelajar supaya celik menggunakan komputer dan perisian asas seperti Microsoft words.
Selain itu, melatih pelajar supaya terengkas menaip menggunakan papan kekunci komputer. Kelas ini juga sangat interaktif untuk para pelajar untuk menarik minat mereka belajar dan menguji minda mereka dengan pengetahuan am. Kebaikan dan kelebihan kelas ini adalah para pelajar boleh melatih kemahiran mereka dengan komputer. Selain itu para pelajar boleh belajar secara interaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: