Kelas Asas ICT & Kahoot III
18 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan Kelas Asas ICT & Kahoot III di Pusat Internet Kampung Taee diatas permintaan pelajar yang sangat berminta menjawab soalan yang telah direka di Kahoot selepas Kelas Asas ICT. Seramai 12 orang pelajar yang mengikuti kelas ini. Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar para pelajar supaya celik menggunakan komputer dan perisian asas seperti Microsoft words.
Selain itu, melatih pelajar supaya terengkas menaip menggunakan papan kekunci komputer. Kelas ini juga sangat interaktif untuk para pelajar untuk menarik minat mereka belajar. Kebaikan dan kelebihan kelas ini adalah para pelajar boleh melatih kemahiran mereka dengan komputer. Selain itu para pelajar boleh belajar secara interaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: