Temubual Pelajar E-Kelas Bersama Ekelas Media Maxis
15 November 2020 | Aktiviti TerkiniPelajar e-Kelas Pusat Internet Kampung Taee telah dipilih untuk dimasukkan dalam ruangan e-Kelas Media Maxis. Pihak Media Maxis yang diwakili oleh Cik Amanda Khoo dan En. Herman telah menemu bual pelajar e-Kelas mengenai pencapaian dan pengalaman mereka bersama e-Kelas melalui Microsoft Teams Meeting. Seramai 4 orang pelajar yang mengikuti temubual tersebut iaitu John Mackwin (Tingkatan 3 SMK Tarat), Christina Calvyta (Tingkatan 3 SMK Taee), Yasmeen Yusairah (Tingkatan 4 Kolej Vokasional Kuching) dan Jascinta (Tingkatan 3 SMK Taee). Pelajar – pelajar berikut adalah diantara pelajar e-Kelas PIK Taee yang aktif dan sering menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh e-Kelas Maxis.
Pelajar berpeluang untuk menceritakan pengalaman mereka bersama e-Kelas yang telah disertai sejak tahun 2018. Pelbagai aktiviti/program yang telah disertai dan dimenangi oleh mereka. Selain itu, melalui e-Kelas ini juga pelajar – pelajar tersebut mendapat peningkatan dalam akademik mereka. Dengan menyertai aktiviti dari e-Kelas ini juga pelajar – pelajar tersebut mendapat markah PAJSK (Pentaksiran Jasmani, Sukan dan Kokurikulum). Markah PAJSK berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Berikutan dengan Pandemik Covid19 ini yang menghadkan penglibatan pelajar – pelajar mengikuti tutorial e-Kelas, pihak e-Kelas Maxis masih melanjutkan tutorial melalui saluran Youtube dan pelajar boleh mengakses dari rumah. Kami di Pusat Internet Komuniti Kampung Taee sangat berbangga dengan pencapaian pelajar – pelajar e-Kelas dan akan terus memberikan komitmen yang penuh bersama e-Kelas. Kejayaan yang diperolehi oleh pelajar – pelajar adalah kejayaan buat kami juga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: