Kelas Membuat Poster Dan Suntingan Imej
9 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada Ahad yang lepas telah diadakan Kelas Membuat Poster dan Suntingan Imej untuk wakil AIM Cawangan Serian. Kelas ini dihadiri oleh Pengurus Kanan Wilayah AIM Sarawak Selatan 2 Puan Nor Hayati Hussain beserta suami, Pegawai Eksekutif Encik Hasdiman beserta isteri dan anak - anak, Pegawai Amanah Puan Siti Norbaya beserta suami. Seramai 8 orang yang menghadiri kelas ini.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta perkara asas dalam pembikinan poster yang boleh dilakukan sendiri dan yang menjimat kos. Selain itu, membantu mereka mengetahui pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menyunting gambar. Kelas seperti ini juga boleh membantu menambah pengetahuan peserta dan menjadikan Pusat Internet Kampung Taee satu platform pencarian info. Kebaikan dan kelebihan yang diperoleh adalah peserta boleh mendapat pengetahuan dan pembelajaran mengenai suntingan secara percuma sekiranya telah menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet Kampung Taee. Selain itu, menjadikan Pusat Internet Kampung Taee sebagai pusat yang berdaftar untuk mengajar pengetahuan tentang ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: