Pusat Internet Komuniti Kg Taee Jayakan Kempen E-Waste Dengan Komuniti
24 November 2020 | Aktiviti Terkinie-Sisa atau e- Waste adalah terma yang digunakan merangkumi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik (EEE) dan bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai bahan lupus tanpa niat untuk digunakan semula. e-Sisa adalah salah satu jenis sisa yang meningkat paling tinggi di negara maju dan membangun.
Jumlah e-Sisa di Asia telah meningkat hampir ke 63% dalam tempoh 5 tahun. Malaysia menghasilkan 243 tan e-Sisa pada tahun 2015 sahaja dan jumlah e-Sisa yang kita hasilkan telah bertambah sehingga 39.7% dari tahun 2010 hingga 2015. Peranti elektrik dan elektronik diperbuat daripada komponen berbahaya yang tidak terurai seperti plumbum, kadmium dan raksa yang boleh membahayakan kesihatan dan mencemar alam sekitar. Oleh itu, peranti tersebut perlu dilupuskan dengan baik oleh kilang yang diperakui apabila tidak lagi digunakan.
Anda juga boleh memeriksa dan menghantar dengan Pusat Internet Komuniti Kg Taee (PIK) atau mana-mana PIK di kawasan anda berkaitan pengumpulan e-Sisa Mudah Alih. Sumber maklumat boleh dilayari melalui https://mobileewaste.mcmc.gov.my/ms-my/what-is-e-waste. Terima kasih dan tahniah Pn. Taziah kerana menyertai kempen mengitar semula barangan e-Sisa ini. Anda adalah Penyelamat bumi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: