E-Kelas Bersama Pelajar Tahun 6 SK St. John Taee
15 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniSelepas sesi pendaftaran pada waktu pagi, pelajar e-Kelas yang berdaftar dan belum berdaftar datang ke Pusat Internet Kampung Taee untuk mempelajari cara menggunakan portal e-Kelas. Terdapat 4 orang pelajar tahun 6 yang baru mendaftar disebabkan ada acara sukan pada waktu program pendaftaran diadakan. Seramai 15 orang pelajar yang hadir.
Tujuan pendaftaran e-Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang e-Kelas. Selain itu, mempromosikan Pusat Internet Kampung Taee sebagai satu pusat internet yang boleh membantu pelajar supaya celik ICT. Pelajar yang mengikuti dan berdaftar sebagai pelajar e-Kelas boleh mendapat kelas tambahan yang interaktif secara percuma. Kelebihan dan kebaikan aktiviti kali ini adalah memberi peluang untuk pelajar menambah pengetahuan dengan mengikuti e-Kelas. Pelajar boleh belajar secara interaktif dan percuma apabila mengikuti e-Kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: