Kelas Asas ICT (Drawing & Digital Literacy)
22 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan Kelas Asas ICT untuk pelajar sekolah rendah pada Jumaat yang lepas. Selain dari kelas mewarna dalam talian, pelajar juga didedahkan dengan pengenalan tentang komputer (Digital Literacy) dan kuiz selepas pengenalan komputer iaitu Kahoot. Kelas ini terhad untuk 10 orang pelajar sahaja yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah SK St. John Taee. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar mengenai literasi digital dimana mereka harus memahami cara untuk menggunakan komputer dengan betul.
Kelas ini juga mengasah minda pelajar dengan pelbagai kuiz yang interaktif mengenai komputer dan pusat internet. Selain itu, kelas ini membantu membiasakan pelajar menggunakan tetikus komputer dengan belajar mewarna secara dalam talian. Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini ialah pelajar boleh mendapat pengetahuan asas menggunakan komputer di Pusat Internet Kampung Taee. Selain itu pelajar mendapat kemudahan belajar dengan percuma apabila mendaftar sebagai pelajar di Pusat Internet Kampung Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: