Kursus Keusahawanan Kraftangan Manik Siri 2/2020 (Dangle Fan Earring)
23 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKursus Keusahawanan untuk bulan Februari kali ini membawa tenaga pengajar yang sering kali bekerjasama dengan Pusat Internet Kampung Taee dari P.M.Y Akademi iaitu Puan Priscilla Michael dan Encik Mike Redway. Untuk siri 2/2020 kali ini mengajar peserta untuk membuat sulaman subang. Seramai 8 orang peserta yang menyertai kursus ini. Fungsi Pusat Internet Kampung Taee yang boleh dikaitkan dengan keusahawanan ialah mengajar para peserta yang akan menjadi usahawan manik tentang produk yang akan dipasarkan, cara untuk membuat promosi perniagaan termasuklah membuat akaun blogspot, website dan page facebook. Semua cara tersebut akan diajar di Pusat Internet Kampung Taee.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua orang yang meminati manik dan ingin menjadi usahawan manik. Selain itu, tenaga pengajar boleh mempromosikan bidang yang mereka ceburi ini secara meluas dalam talian. Melalui kursus ini boleh menjadikan Pusat Internet Kampung Taee sebagai satu platform untuk peserta menjadi usahawan dalam talian. Kebaikan dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui kursus ini adalah peserta boleh belajar tentang sesuatu yang mereka minati dan menjadikan minat tersebut sebagai sumber pendapatan. Pusat Internet Kampung Taee akan membantu para peserta yang ingin menjadi usahawan dalam talian dengan mengajar mereka perkara asas tentang ICT. Seterusnya ke media massa untuk mereka mempromosikan hasil produk mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: