Perlaksaan Ujian DCS Bersama Pelajar Tahun 6 SK Saint Plaman Nyabet
28 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniSK Saint Plaman Nyabet telah memohon untuk menggunakan Pusat Internet Komuniti Kampung Taee untuk melaksanakan Ujian DCS pelajar tahun 6. DCS adalah singkatan bagi Digital Competency Score. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).
Tujuan perlaksanaan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS) ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pusat Internet Komuniti Kampung Taee berperanan untuk menyediakan perkhidmatan akses internet yang disediakan untuk pelajar tahun 6 tersebut. Selepas menduduki Ujian DCS tersebut, pelajar tahun 6 SK Saint Plaman Nyabet diperkenalkan dengan e-Kelas iaitu pembelajaran secara digital.
Kelebihan dan kebaikan program ini adalah untuk membantu para guru dan pelajar untuk mengakses internet dengan kadar kelajuan yang tinggi. Selain itu, membantu pelajar untuk menduduki Ujian DCS tersebut dengan lebih fokus dan selesa. Pelajar turut menjadi ahli e-Kelas Pusat Internet Komuniti Kampung Taee dan berpeluang untuk belajar secara digital disini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: