Kelas Bimbingan Usahawan (Personal)
9 September 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar dan membantu para usahawan tempatan untuk memasarkan produk di dalam Internet. Pada 8 September yang lalu, pengusaha Jamu buatan sendiri iaitu Puan Taziah berkunjung ke Pusat Internet Kampung Taee untuk mengetahui program keusahawanan yang diadakan untuk para usahawan. Pusat Internet Kg Taee menawarkan pelbagai kelas ICT khas untuk usahawan mempromosikan produk mereka di media sosial. Ilmu yang dipelajari Puan Taziah pada hari tersebut adalah cara untuk membuat gambar produk untuk dikomersialkan.
Tujuan kelas ini adalah untuk membantu para usahawan meningkatkan kualiti pemasaran produk jualan mereka dengan lebih baik dan menarik. Usahawan diajar menggunakan ICT asas yang boleh digunakan untuk membuat produk mereka sendiri. Selain itu, mengajar usahawan untuk mempromosikan jualan mereka di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Blog.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalu kelas ini adalah usawahan boleh mengetahui asas komersial produk dan dipromosikan di dalam media sosial mereka. Selain itu, bimbingan setiap kelas adalah secara percuma dan usahawan boleh memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk meningkatkan kualiti pemasaran produk mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: