Pengagihan Buku Pencegahan COVID-19 Dan Pembudayaan Norma Baharu Dari Jabatan Penerangan Daerah Serian
4 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniHebahan Awam Belanjawan 2021, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Banci E-Census, Norma Baharu, Kempen Anti Dadah dan Rukun Negara telah dilancarkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Serian pagi ini di Kampung Taee.
Pihak Jabatan Penerangan Daerah Serian telah bergerak dari kampung ke kampung untuk melakukan hebahan ini dengan menyampaikan poster dan buku. Pusat Internet Komuniti Kampung Taee juga turut menerima buku Pencegahan COVID19 dan Pembudayaan Norma Baharu. Pelbagai informasi yang boleh didapati dalam buku tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut hebahan maklumat dari Jabatan Penerangan Daerah Serian boleh layari Facebook Page mereka iaitu Pusat Maklumat Rakyat Serian. Facebook Page tersebut merupakan pendekatan cara komunikasi melalui media sosial di antara JaPen Daerah Serian dengan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: