Kelas/Tutorial Membuat Kalendar 2021
28 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniKelas sempena penutup tahun 2020 diadakan Kelas Membuat Kalendar 2021 secara dalam talian (Online) di Pusat Internet Komuniti Kampung Taee melalui Streamyard Live Streaming Studio. Kelas kali ini diikuti 5 orang peserta secara dalam talian.
Tujuan kelas / tutorial ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara yang mudah tanpa perlu memasang aplikasi atau perisian berbayar. Dengan hanya menggunakan Microsoft Office Word peserta boleh membuat calendar mengikut kreativiti masing – masing. Selain itu, kelas ini juga membantu peserta untuk meneroka dan memahami dengan lebih lanjut fungsi yang boleh didapati di Microsoft Word Office.
Kebaikan dan kelebihan kelas / tutorial ini adalah membantu peserta untuk membuat kalendar sendiri mengikut kreativiti. Kelas ini juga sangat jimat dan boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur. Selain itu, kelas / tutorial ini diadakan secara percuma khas untuk ahli berdaftar Pusat Internet Komuniti kampong Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: