Be Internet Awesome Awareness Talk
29 November 2020 | Aktiviti TerkiniBe Internet Awesome adalah program dari Google yang bertujuan untuk membantu adik – adik menjadi penjelajah dunia dalam talian yang selamat dan yakin. Ini merangkumi kurikulum kelas yang mantap, sumber daya untuk ibu bapa, dan Interland, permainan yang penuh dengan pengembaraan untuk adik – adik. Pendedahan mengenai Be Internet Awesome kali ini adalah melalui dalam talian iaitu StreamYard Live Streaming Studio di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Taee.
Terdapat 5 asas yang terdapat dalam Be internet Awesome ini dan antaranya adalah;
- Share With Care
- Don’t Fall for Fake
- Secure Your Secrets
- It’s Cool to Be Kind
- When in Doubt, Talk It Out
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti fungsi Be Internet Awesome ini dalam kehidupan seharian menggunakan teknologi dan penggunaan yang betul semasa di media sosial. Selain itu, permainan yang ada juga boleh dimainkan bersama anak - anak kerana pelbagai informasi yang telah disertakan dalam permainan tersebut.
Kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah ia memberikan pelbagai mesej dan informasi untuk penggunaan internet dan teknologi. Selain itu, mengajar pelbagai cara untuk menjadikan segaal butiran peribadi kita di dalam internet selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: