Kelas Usahawan Membuat Facebook Page
27 September 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kampung Taee telah mengadakan Kelas Usahawan Membuat Facebook Page pada 27 September yang lalu. Kelas ini disertai oleh 3 orang yang berkecimpung dalam usahawan. Kelas ini juga disiarkan secara langsung melalui Stream Yard Live Streaming Studio di Facebook Page Pusat Internet Kampung Taee.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan membuat promosi produk mereka melalui aplikasi perniagaan atas talian iaitu Facebook Page. Selain itu, mengajar pelajar untuk membuat satu suntingan yang sesuai dan menarik untuk mempromosikan produk mereka. Kelas ini juga mengajar pelajar mengisi butiran yang perlu ada di dalam Facebook Page.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah pelajar belajar membuat Facebook Page untuk promosi produk mereka atas talian. Selain itu, pelajar mengetahui cara yang betul untuk mengisi butiran produk mereka untuk lebih interaktif dan mendapat ramai pengikut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: