Kelas Asas Menaip Untuk Kanak - Kanak Sesi Ii
26 September 2020 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan Kelas Asas Menaip untuk Kanak - Kanak Sesi II pada 25 September 2020 yang lalu. Kelas Asas Menaip menggunakan Microsoft Word ini khas untuk pelajar sekolah rendah. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar sekolah rendah SK St. John Taee. Pembelajaran kelas ini turut disiarkan secara langsung menggunakan Stream Yard Live Streaming Studio menggunakan Facebook Page Pusat Internet Kampung Taee.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar menaip menggunakan Microsoft Word. Selain itu, mendedahkan kepada mereka fungsi papan kekunci dan perisian yang ada untuk menaip. Kelas ini juga membantu pelajar supaya lebih memahami dan mengetahui asas dalam menggunakan Microsoft Word. Menguji pemahaman pelajar tentan komputer dan fungsinya melalui permainan dalam talian iaitu Kahoot.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah pelajar mendapat pengetahuan tentang cara yang betul untuk menaip. Selain itu, pelajar boleh membiasakan jari mereka dengan papan kekunci apabila digunakan untuk menaip.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: