Kelas Usahawan Membuat Facebook Cover Photo (Sesi Pagi)
21 September 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kampung Taee telah mengadakan Kelas Usahawan Membuat Facebook Cover Photo pada 20 September yang lalu. Kelas ini ada dua sesi iaitu pagi dan petang. Seramai 2 orang yang mengikuti kelas kali ini dan ianya disiarkan secara langsung melalui Stream Yard Live Streaming Studio di Facebook Page Pusat Internet Kampung Taee.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan membuat promosi produk mereka melalui Microsoft PowerPoint. Selain itu, mengajar pelajar untuk membuat satu suntingan gambar mengikut template Facebook Cover Photo yang betul. Membantu pelajar untuk mendapatkan kos yang berpatutan untuk mempromosikan iklan produk mereka.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah pelajar boleh mengurangkan kos suntingan gambar mengikut pilihan masing – masing. Selain itu, pelajar juga mendapat ilmu tentang suntingan gambar yang boleh membantu iklan produk mereka lebih interaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: