Cara Membuat Kad Perniagaan Menggunakan Canva
9 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniCanva adalah platform reka bentuk grafik, digunakan untuk membuat grafik media sosial, persembahan, poster, dokumen dan kandungan visual lain. Kelas dalam talian kali ini mengajar cara untuk membuat kad perniagaan menggunakan Canva. Sebanyak 6 orang yang telah mendaftar untuk mengikuti kelas ini secara dalam talian.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar satu platform yang boleh digunakan secara percuma untuk suntingan pelbagai kandungan visual. Pembelajaran kelas ini lebih tertumpu kepada cara untuk membuat kad perniagaan khas untuk usahawan – usahawan PIK Taee. Selain itu, kelas ini mendedahkan kepada pengguna untuk memilih templat yang sesuai untuk setiap kandungan visual yang diingini.
Kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah pengguna terutama para usahawan boleh memilih dan membuat kad atau poster yang mereka perlukan secara percuma. Para usahawan atau pengguna lain boleh menambah kreativiti mereka dengan menggunakan Canva.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: