Bual Bicara Bersama PIK Perpustakaan Kota Belud
9 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniBual bicara secara langsung telah diadakan bersama PIK Perpustakaan Kota Belud yang berkongsi tempat menarik yang ada di Kota Belud dan Serian. Perkongsian temu bual ini dilakukan melalui Streamyard Live Streaming Studio yang bersiaran langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Taee dan Pusat Internet Komuniti Perpustakaan Kota Belud.
Tujuan temu bual ini diadakan adalah untuk berkongsi tempat – tempat menarik di kawasan masing – masing dan mempromosikan Pusat Internet yang ada di kawasan Sarawak dan Sabah. Selain itu, menjalinkan kerjasama diantara Pusat Internet Komuniti dan mendedahkan kepada orang ramai fungsi dan peranannya.
Kebaikan dan kelebihan temu bual seperti ini diadakan supaya orang awam/luar mengetahui tempat yang menarik untuk dilawati. Sekaligus mempromosikan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: