Raya Bersama eKelas: Misi Digital Portal eKelas
11 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniKelas terakhir eKelas adalah pada 3 Mei yang lalu sebelum bercuti dan memberi ruang untuk pelajar menduduki peperiksaan sebelum cuti perayaan Gawai dan Hari Raya Aidilfitri. Sesi live bersama cikgu selama 1 jam itu disertai oleh kesemua pelajar eKelas dari tahun 6 sehingga tingkatan 5. Seramai 17 orang yang hadir ke Misi Digital Portal eKelas ini.
Maxis eKelas telah mengadakan Misi Digital Portal eKelas dimana para pelajar akan mereka hiasan bertemakan Hari raya untuk Pusat Internet Kg Taee. Oleh kerana para pelajar di Pusat Interent kebanyakannya berbangsa bidayuh jadi tema tersebut akan menjadi tema Gawai Raya. Para pelajar dalam setiap kumpulan yang akan menyertai diarahkan untuk melukis reka haisana mengikut kreativiti masing – masing. Hasil lukisan tersebut akan dimuatnaik di dalam portal eKelas. Pemenang akan diumumkan pada 1 Jun 2019 nanti.
Tujuan utama kelas Misi Digital ini diadakan adalah untuk mendedahkan kreativiti para pelajar dengan melukis reka hiasan yang menarik untuk Pusat Internet Kg Taee.. Para pelajar mendapat peluang untuk bersaing dengan pelbagai peringkat umur dari tahun 6 sehingga tingkatan 5 dari bersama seluruh Pusat Internet di Malaysia. Selain itu, memberi penghargaan kepada pelajar yang mengikuti aktiviti yang dilakukan oleh Maxis eKelas dengan menawarkan hadiah untuk kumpulan yang terpilih.
Kebaikan dan kelebihan yang diperolehi melalui kelas Misi Digital ini adalah para pelajar boleh menunjukkan bakat mengikut kreativiti masing – masing. Selain itu, para pelajar boleh mengisi masa mereka dengan aktiviti yang disediakan oleh Maxis eKelas dan turut boleh menambah markah mereka di dalam portal. Para pelajar berpeluang untuk menang sekiranya mereka boleh melukis dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: