Program Pengenalan Ekelas (Sesi Petang)
12 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada tahun 2018, Maxis telah melancarkan program portal eKelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains. Kelas akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran. Untuk sesi 2019, eKelas untuk tutorial secara langsung kini terbuka untuk pelajar tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Untuk tingkatan1, 2 dan 4 pula mereka akan ada sesi eCikgu secara webpinar yang akan berlangsung pada setiap hari khamis dan jumaat.
Pelajar dari Sk John Taee dan SMK Taee telah datang ke Pusat Internet Kampung Taee untuk mendaftar sebagai pelajar eKelas dan seramai 14 orang pelajar yang telah hadir.
Antara tujuan Web Portal ini adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid terutama di kawasan luar bandar. Selain itu memberi murid ruang untuk belajar secara kendiri dan memberi murid peluang belajar untuk berkolaborasi dengan kawan – kawan dari seluruh Malaysia. EKelas ini juga mengajar murid matapelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara percuma.
Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang kurang mampu untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai ekelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: