Kelas Membuat Video Maker Menggunakan Aplikasi Android
14 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat yang lalu, pelajar semester 1 Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Kota Samarahan dating ke Pusat Internet untuk mempelajari beberapa perkara asas dalam pembikinan video dan juga Slide Presentation untuk projek mereka. Oleh kerana pelajar ini hanya ada video maker dalam telefon bimbit, jadi staff mengajar cara untuk membuat video menggunakan peranti tersebut. 2 orang pelajar tersebut yang berasal dari Kampung Taee mengikuti kelas ini.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar mengetahui perkara asas untuk menyunting video. Selain itu, membantu mereka membuat video yang berkualiti dan menarik untuk projek pengajian mereka. Kelas ini diadakan mengikut permintaan pelajar tersebut yang ingin membuat kelas dan menjadikan Pusat Internet Kg Taee sebagai satu platform untuk sesiapa sahaja belajar. Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini ialah pelajar boleh belajar di Pusat Internet Kg Taee tentang ICT bila – bila masa sahaja waktu operasi. Ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan pembelajaran mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: