Kelas Microsoft Word (Membuat Sticker Comel II)
12 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg Taee telah mengadakan kelas membuat sticker yang kedua menggunakan Microsft Word. Kelas membuat sticker untuk kali kedua ini mengajar para pelajar untuk mendalami lebih tentang penggunaan Microsoft Words. Seramai 21 orang pelejar yang mengikuti kelas ini terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Antara tujuan utama kelas ini diadakan ialah untuk mengajar para pelajar untuk berdaya kreatif dan berpotensi untuk mereka bentuk yang mereka ingini.
Selain itu, mendidik para pelajar supaya mengetahui asas ICT yang pelbagai. Tujuan yang lain pula untuk memberi pendedahan ilmu kepada para pelajar secara percuma. Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi mengikuti kelas ini ialah para pelajar belajar perkara baru yang lebih menarik minat mereka. Selain itu, para pelajar boleh menggunakan segala ilmu yang diperolehi untuk membuat sendiri sticker mereka. Yang paling utama sekali pembelajaran secara percuma ini hanya boleh didapati di Pusat Internet Kg Taee untuk penduduk sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: