Kelas Membuat Slide Presentation Menggunakan Microsoft Powerpoint (Perseorangan)
14 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada Rabu yang lalu telah diadakan kelas perseorangan dimana salah seorang pelajar Pusat Internet Kg Taee yang jua seorang ahli aktif dalam Church St. John Taee belajar untuk membuat pembentangan Slide Presentation. Ini adalah untuk aktiviti keagamaan sempena dengan sambutan perayaan Christmas yang akan tiba bulan Disember ini.
Antara yang dipelajari oleh pelajar tersebut adalah cara untuk mencari gambar di oautan Google, memasukkan gambar latar belakang di dalam slide, menukar font size dan warna, cara menambah slide dan cara untuk membuat pembentangan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan penerangan menggunakan Microsoft Powerpoint dengan lebih betul. Selain itu menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan Microsoft Office untuk aktiviti yang akan dilakukan. Selain itu, menjadikan Pusat Internet Kampung Taee sebagai satu tempat pembelajaran ICT. Kebaikan dan kelebihan kelas ini adalah pelajar boleh memahami dengan lebih jelas kerana kelas ini adalah perseorangan. Selain itu, membantu pelajar untuk menjadi lebih aktif dan celik IT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: