Kelas ICT (Paper Plate Crafts)
21 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada Selasa yang lalu, telah diadakan Kelas ICT iaitu membuat Paper Plate Crafts bersama pelajar Pusat Internet Kampung Taee. Kelas selama 2 jam ini diisi dengan pelbagai manfaat dan interaktif buat para pelajar. Seramai 10 orang pelajar yang mengikuti kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah SK St. John Taee. Antara pengisian kelas ini adalah menonton Youtube untuk ilham dan inspirasi membuat paper plate crafts dan juga taklimat advokasi.
Antara tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan bahan – bahan DIY yang boleh memberikan kreativiti kepada mereka. Selain itu memupuk budaya berjimat dalam diri para pelajar supaya mereka membiasakan diri dengan membuat sesuatu menggunakan kreativiti. Kelas ini juga menggalakkan para pelajar meneroka pelbagai ilmu melalui teknologi yang terdapat di Pusat Internet Kampung Taee. Seterusnya memanfaatkan fungsi Youtube yang banyak menyediakan video berguna kepada pendidikan kanak – kanak.
Kelebihan dan kebaikan yang boleh diperolehi melalui kelas ini adalah pelajar boleh menerapkan idea kreatif mereka dalam pemikiran mereka dan mereka akan menjadi lebih peka kepada satu benda yang mempunyai pelbagai fungsi. Pelajar juga mendapat pengetahuan tentang kreativiti secara percuma di Pusat Internet Kampung Taee. Kelas seperti ini juga boleh membantu perkembangan mental dan emosi kanak – kanak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: