Minggu Pertama Orientasi eKelas 2019
20 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniEkelas sesi 2019 sudah bermula pada 17 Januari 2019. Untuk minggu pertama, orientasi eKelas telah diadakan selama 3 hari berturut - turut mengikut sesi kelas yang telah ditetapkan. Seperti yang sedia maklum, sesi kelas untuk eKelas 2019 telah bertambah dari Tahun 6, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.Orientasi eKelas ini telah dihadiri seramai 47 orang pelajar selama 3 hari yang terdiri daripada pelajar SMK Taee, Sk John Taee dan SMK Tarat.
Tujuan orientasi ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar yang baru mendaftar eKelas akan kelebihan eKelas, cara melayari portal eKelas, cara yang betul untuk menambah mata di dalam portal, peluang mengikuti pelbagai pertandingan. Pelajar boleh mendapatkan pelbagai tambahan ilmu di dalam portal eKelas termasuk kuiz, nota dan video cikgu mengajar yang telah dirakam. Orientasi eKelas ini juga sesi untuk bertemu dengan guru eKelas dan rakan - rakan dari pusat internet yang lain.
Kebaikan dan kelebihan yang boleh diperolehi mengikuti sesi orientasi ini pelajar boleh mengetahui kelebihan eKelas yang telah disediakan dan matapelajaran yang boleh dilayari di dalam portal. Selain itu, para pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan mereka dengan mengikuti eKelas yang mempunyai tarikan yang tersendiri untuk belajar. Kesemua perkongsian ilmu yang diajar adalah secara percuma dan pelajar hanya perlu mendaftar di dalam portal eKelas di Pusat Internet Kg Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: