Hari Terbuka Pusat Internet Kg Taee
24 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kampung Taee telah mengadakan hari terbuka untuk tahun ke-3 pada sabtu yang lepas. Terdapat pelbagai pengisian aktiviti sepanjang program berlangsung. Hari terbuka kali ini mengumpul komuniti setempat yang berumur lingkungan 7 tahun sehinga 60 tahun. Seramai 120 orang peserta dan pengunjung yang hadir ke Hari Terbuka Pusat Internet Kg Taee.
Program kali ini bekerjasama dengan AIM dan Bomba Serian. Antara aktiviti dijalankan pada hari tersebut adalah:
- Pertandingan Text to Slide (Rendah dan Menengah)
- Digital Colouring
- Ceramah dan Demonstrasi dari Pihak Bomba
- Kursus Keusahawanan Tart Nenas
- Cabutan Tiket Bertuah
- Perasmian majlis dan pemberian hadiah dan cenderamata
Tujuan hari terbuka ini diadakan adalah untuk mempromosikan fungsi Pusat Internet Kg Taee untuk komuniti setempat. Pelbagai peluang pembelajaran ICT yang diberikan secara percuma dan kesemua masyarakat dalam pelbagai peringkat umur boleh mengikuti aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Taee. Untuk orang dewasa pula Pusat Internet berfungsi menjadi platform berniaga dalam talian dan mereka boleh mengetahui perkara asas untuk mempromosikan barang jualan mereka. Seterusnya pula, menawarkan pendidikan secara Live Tutorial (Online) dengan percuma iaitu eKelas yang telah dilancarkan di Pusat Internet pada April 2018.
Kebaikan dan kelebihan yang diperolehi mengikuti hari terbuka ini adalah para peserta didedahkan dengan pengetahuan ICT secara percuma. Selain itu, memberi demonstrasi untuk menyelamatkan diri ketika dalam kecemasan terutama ketika kebakaran. Pendaftaran ahli secara percuma turut dibuka pada hari tersebut sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: