Kursus Asas Keusahawanan Mekap (Basic) By Nurlism
9 September 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kampung Taee sekali lagi menganjurkan Kursus Mekap yang menggunakan khidmat tenaga pengajar Nurul Ismah binti Ismail. Beliau adalah freelance make-up artist kawasan Serian dan sekitarnya. Kursus ini mengajar para peserta cara menyolek muka menggunakan alat solek dan cara menyolek muka dengan betul. Kelas ini disertai oleh 14 orang peserta.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas solekan kepada peserta. Selain itu, menjadikan inspirasi kerjaya sebagai jurusolek yang mampu memberi pulangan yang lumayan jika dilaksanakan. Mempromosikan Pusat Internet sebagai platform untuk belajar dan peserta boleh mempromosikan perniagaan mereka melalui Pusat Internet.
Kelebihan dan kebaikan kursus ini adalah peserta boleh mendapat ilmu bersolek dengan betul dan boleh mendatangkan keuntungan buat mereka juga sekiranya mereka berkecimpung ke arah itu. Selain itu, di Pusat Internet peserta boleh mengikuti kursus dengan selesa kerana fasiliti telah disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: