Majlis Kesyukuran dan Advokasi 2019
6 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniSempena awal tahun dan selama hampir 3 tahun beroperasi di Kampung Taee, Pusat Internet Kampung Taee telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Advokasi untuk kesemua ahli - ahli berdaftar dan JKK Kampung Taee. Seramai 38 orang yang hadir ke program ini. Antara pengisian program adalah sukaneka, ceramah advokasi dan pengenalan eKelas, persembahan pelajar - pelajar pusat Internet Kg Taee, Anugerah penghargaan pelajar Cemerlang dan Gemilang, cabutan tiket bertuah dan jamuan minum.
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada komuniti akan kepentingan Klik Dengan Bijak dan kebaikan dan keburukan internet. Selain itu, mendedahkan kepada komuniti yang hadir eKelas 2019 sesi baharu. Tujuan yang lain pula adalah untuk menghargai sokongan yang diberikan oleh penduduk kampung terutama JKK Kampung Taee dan pelajar - pelajar eKelas.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi semasa program ini dijalankan ialah komuniti yang hadir boleh mendapat pengetahuan tentang advokasi yang telah dikongsikan. Selain itu, ibu bapa yang hadir juga boleh mengetahui aktiviti yang diikuti anak mereka di Pusat Internet dan yang paling utama ialah kesemua aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet adalah percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: