Kursus Mi Kuning dan Kuew Tiaw
27 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniSempena dengan bulan ulangtahun Pusat Internet Kampung Taee, kami banyak menganjurkan kursus keusahawanan khas untuk komuniti Kampung Taee dan diantara kursus untuk kali ini ialah Pembuatan Mi kuning dan Kuew Tiaw. Tenaga pengajar yang bekerjasama dengan Pusat Internet Kampung Taee kali ini ialah Puan Prisca Agin salah seorang ahli AIM Kampung Taee. Seramai 20 orang peserta yang mengikuti Kursus Mi Kuning dan Kuew Tiaw ini.
Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk membantu usahawan baru memperluaskan perniagaan mereka dengan orang ramai. Selain itu, membantu menambah pendapatan mereka dengan menjadi tenaga pengajar untuk setiap sesi pembelajaran yang dilakukan. Pusat Internet menjadi satu platform untuk para usahawan untuk berniaga secara dalam talian dan boleh mempromosikan mereka.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kursus ini adalah peserta boleh mendapat ilmu membuat mi kuning dan kuewtiaw dan boeh membantu mereka untuk membuka peluang perniagaan makanan basah. Peserta boleh mengikuti kursus dengan selesa di Pusat Internet Kampung Taee. Selain itu, tenaga pengajar boleh meningkatkan teknik bercakap di hadapan umum supaya mereka lebih yakin untuk mempromosikan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: