Kursus e-Usahawan Bersama MDec (Coach Hisham)
21 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai yang lalu, Pusat Internet dengan kerjasama MDec menganjurkan Kursus e-Usahawan bersama Coach Hisham. Kursus yang diadakan selama 7 jam ini mengajar pelbagai kemahiran yang boleh digunakan untuk tujuan mempromosikan perniagaan dalam talian. Kursus ini disertai oleh 11 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur. Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk memperkenalkan kepada peserta yang ingin berniaga tentang laman web yang boleh didaftar secara sah untuk peniaga berniaga dalam talian.
Selain itu, mendedahkan kepada peserta tentang kepentingan dan kelebihan yang boleh diperolehi dalam mempromosikan produk mereka. Tujuan kursus ini juga memberi ilmu kepada peserta tentang keuntungan yang peserta boleh capai dengan hasil berniaga. Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kursus ini ialah peserta yang mengikuti kursus ini secara percuma dari MDec. Selain itu, peserta boleh mendapat pelbagai ilmu berniaga yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk mereka. Pusat Internet menjadi satu platform untuk peserta mempromosikan perniagaan mereka secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: