Kelas Fun and Digital Learning
23 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada Isnin yang lalu telah diadakan Kelas Fun and Digital Learning dimana para pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Awan, Burung dan Cendawan. Pelajar dikehendaki menjawab soalan – soalan kuiz matematik dan menyelesaikan dengan cepat dan betul. Kemudian para pelajar diberikan tugasan untuk mencipta logo kumpulan masing – masing. Pelajar harus membentangkan tugasan tersebut dan akan diberikan markah. Seramai 19 orang pelajar yang mengikuti kelas ini yang terdiri daripada pelajar sekolah SK St. John Taee.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan keyakinan kepada peserta untuk berkomunikasi dihadapan khalayak ramai. Seterusnya pelajar berpeluang untuk mengetengahkan bakat dan idea masing – masing di dalam kumpulan. Pelajar juga berpeluang menjawab soalan matematik secara beramai – ramai. Kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang keseronokan mempelajari ilmu tentang digital dimana pelajar didedahkan dengan penggunaan komputer dan internet untuk aktviti pada hari tersebut. Seterusnya mengetahui bakat dan idea para pelajar yang kreatif. Pembelajaran ini juga boleh mengisi masa lapang pelajar dengan ilmu yang bermanfaat di Pusat Internet Kg Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: