E-Kelas English Essay (E29)
27 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniMaxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma di beberapa tempat terpilih Pusat Internet di seluruh Malaysia. eKelas sebelum ini khas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Untuk sesi 2019, pembelajaran e-Kelas turut disertai pelajar Tahun 6, Tingkatan 4 dan 5. Matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains. Kelas akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran. Seramai 30 orang pelajar yang hadir untuk mengikuti aktiviti kali ini.
Pada minggu ini diadakan Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris untuk kesemua pelajar e-Kelas dari tahun 6 sehingga tingkatan 5. Pelajar dikendaki menjawab soalan dan menjawab secara bertulis dalam masa yang ditetapkan. Kesemua esei yang telah dijawab akan dihantar ke HQ Maxis untuk tujuan penyemakan. Pemenang bagi pertandingan ini akan diumumkan nanti. Antara tujuan e-Kelas ini adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid terutama di kawasan luar bandar. Selain itu memberi murid ruang untuk belajar secara kendiri dan memberi murid peluang belajar untuk berkolaborasi dengan kawan – kawan dari seluruh Malaysia. E-Kelas ini juga mengajar murid matapelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara percuma.
Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang berkemampuan untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: