E-Kelas Live Tutorial (E12)
13 April 2019 | Aktiviti TerkiniMaxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma di beberapa tempat terpilih Pusat Internet di seluruh Malaysia. eKelas sebelum ini khas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Untuk sesi 2019, pembelajaran e-Kelas turut disertai pelajar Tahun 6, Tingkatan 4 dan 5. Matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains. Kelas akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran. Seramai 22 orang pelajar yang hadir untuk mengikuti aktivit kali ini.
Untuk minggu ini, pelajar berlatih membaca skrip Drama English mereka dalam kumpulan. Kemudian drama ini akan dirakam dan dihantar ke pihak Maxis eKelas. Markah ko-kurikulum untuk Drama English ini akan direkodkan ke dalam sijil tamat persekolahan pelajar dan ianya adalah antara penyumbang penting di dalam permohonan pelajar selepas tamat Tingkatan 5. Ini adalah program Maxis eKelas yang menjadi sebahagian daripada program kelolaan KPM iaitu Highly Immersive Programme (HIP) dimana ia bertujuan untuk membantu menaiktarafkan kemahiran Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Antara tujuan e-Kelas ini adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid terutama di kawasan luar bandar. Selain itu memberi murid ruang untuk belajar secara kendiri dan memberi murid peluang belajar untuk berkolaborasi dengan kawan – kawan dari seluruh Malaysia. e-Kelas ini juga mengajar murid matapelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara percuma.
Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang berkemampuan untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: