Program E-Kelas Maxis Tour Bersama SK St John Taee dan SMK Taee
13 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniMaxis eKelas telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperluaskan jangkauan ke sekolah-sekolah yang berhampiran dengan Pusat Internet yang terpilih. Program Maxis eKelas akan menjadi sebahagian daripada program kelolaan KPM iaitu Highly Immersive Programme (HIP) dimana ianya bertujuaan untuk membantu menaiktarafkan kemahiran Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pihak KPM juga telah bersetuju untuk membenarkan markah ko-kurikulum diberikan kepada pelajar-pelajar yang menyertai program Maxis eKelas. Untuk pengetahuan, markah ko-kurikulum ini akan direkodkan ke dalam sijil tamat persekolahan pelajar dan ianya adalah antara penyumbang penting di dalam permohonan pelajar selepas tamat Tingkatan 5. Seramai 800 orang pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar tahun 6 sehingga tingkatan 5.
Oleh itu, sekolah yang berhampiran Pusat Internet Kg Taee yang telah dipilih dalam Sarawak untuk diadakan Program Bersama di Sekolah dengan para pelajar sekaligus memperkenalkan eKelas kepada pelajar yang belum berdaftar dan pelbagai kelebihan lain yang disediakan oleh pihak Maxis. Setelah melakukan perbincangan bersama cikgu HIP di Sk St John Taee dan SMK Taee, Program Bersama di Sekolah ini akan diadakan pada 24 April 2019. Pelajar yang dijemput untuk mengikuti program ini terdiri daripada pelajar Tahun 6 sehingga pelajar Tingkatan 5.
Pelajar eKelas Pusat Internet Kg Taee telah menunjukkan prestasi yang baik dan sering mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan oleh Maxis eKelas. Diharap program seperti ini boleh memberi manfaat kepada para pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka dan yang paling utama eKelas adalah secara percuma dan terbuka untuk kesemua pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: