E-Kelas Live Tutorial (E48)
17 November 2019 | Aktiviti TerkiniMaxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma di beberapa tempat terpilih Pusat Internet di seluruh Malaysia. eKelas sebelum ini khas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Untuk sesi 2019, pembelajaran e-Kelas turut disertai pelajar Tahun 6, Tingkatan 4 dan 5. Matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains. Kelas akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran. Seramai 10 orang pelajar yang hadir untuk mengikuti aktiviti kali ini.
Minggu ini merupakan minggu terakhir eKelas sesi 2019 kerana cuti persekolahan yang akan tiba tidak lama lagi. Pelajar bersama cikgu e-Kelas menyemak semula jawapan untuk ujian penilaian sebelum ini. Selain itu, turut diadakan penyampaian sijil pencapaian terbaik untuk pelajar e-Kelas PI Kg Taee. Antara tujuan e-Kelas ini adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid terutama di kawasan luar bandar. Selain itu memberi murid ruang untuk belajar secara kendiri dan memberi murid peluang belajar untuk berkolaborasi dengan kawan – kawan dari seluruh Malaysia. E-Kelas ini juga mengajar murid matapelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara percuma.
Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang berkemampuan untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: