E-Kelas Live Tutorial (E12)
6 April 2019 | Aktiviti TerkiniMaxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma di beberapa tempat terpilih Pusat Internet di seluruh Malaysia. eKelas sebelum ini khas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Untuk sesi 2019, pembelajaran e-Kelas turut disertai pelajar Tahun 6, Tingkatan 4 dan 5. Matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains. Kelas akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran.
Untuk minggu ini, dalam matapelajaran Sains dan Matematik pelajar telah membuat eksperimen dan latihan. Kesemua barang eksperimen telah disediakan oleh Maxis secara percuma. Pelajar akan memuatnaik hasil eksperimen mereka di dalam eKelas Portal secara berkumpulan. Seramai 23 orang pelajar yang telah hadir ke kelas minggu ini terdiri daripada pelajar SK St John Taee dan SMK Taee. Antara tujuan e-Kelas ini adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid terutama di kawasan luar bandar. Selain itu memberi murid ruang untuk belajar secara kendiri dan memberi murid peluang belajar untuk berkolaborasi dengan kawan – kawan dari seluruh Malaysia.
e-Kelas ini juga mengajar murid matapelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara percuma. Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang kurang berkemampuan untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: