e-Cikgu Bersama Pelajar Tahun 6, Tingkatan 3, 4 & 5
31 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada minggu yang lalu, kesemua pelajar cuti sekolah dan eKelas juga tidak bersiaran pada minggu tersebut. Khas untuk pelajar tahun 6, Tingkatan 3, 4 & 5 sahaja yang ada eCikgu bersama cikgu secara live di depan komputer masing – masing. eCikgu ini diadakan untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Pembelajaran adalah secara video dimana para pelajar akan berkomunikasi dengan cikgu melalui ruang menaip mesej di dalam video tersebut sambil melihat cikgu menerangkan tajuk pembelajaran pada hari tersebut. Seramai 20 orang pelajar yang hadir ke sesi eCikgu itu.
Tujuan eCikgu diadakan supaya para pelajar tidak terlepas pembelajaran semasa cuti sekolah dan ada beberapa topik menarik yang cikgu eKelas kongsikan. Selain itu, eCikgu menggalakkan pelajar untuk terus berkomunikasi semasa cikgu sedang bersiaran dengan menaip soalan di ruangan yang disediakan. eCikgu turut menggalakkan pelajar supaya dapat lebih fokus dengan penerangan yang diberikan oleh cikgu.
Para pelajar lebih selesa dan mempunyai ruang untuk mereka berkomunikasi dengan cikgu kerana eCikgu lebih bersifat “facetime”. Selain itu, pelajar senang faham dan lebih fokus dengan penerangan cikgu kerana pelajar mendengar penerangan cikgu dari komputer. Para pelajar juga boleh memanfaatkan masa cuti mereka dengan pembelajaran yang disediakan pada waktu cuti sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: