Kelas Microsoft Word (Membuat Kalendar 2019)
21 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg Taee telah mengadakan kelas untuk mengajar para pelajar membuat kalendar 2019. Kelas ini menggunakan perisian Microsoft Word sepenuhnya dan mengikut kreativiti para pelajar untuk membuat kalendar mereka lebih menarik. Seramai 11 orang pelajar yang mengikuti kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar para pelajar menggunakan kreativiti mereka membuat kalendar mereka sendiri. Kelas ini juga mengajar para pelajar untuk merancang masa mereka untuk belajar dan persediaan peperiksaan yang akan datang. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar cara yang betul untuk menggunakan perisian yang ada di dalam komputer dengan mudah.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah para pelajar boleh mendapat ilmu baru yang menggunakan perisian paling mudah seperti Microsoft Word untuk membuat kalendar dan pelbagai lagi pembelajaan mengenai ICT yang diajar di Pusat Internet Kg Taee. Pelajar boleh memanfaatkan pembelajaran yang diajar pada usia muda. Kesemua aktiviti kelas yang diadakan secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: