Kursus Keusahawanan Kraftangan Manik
21 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg Taee dengan kerjasama P.M.Y Collection iaitu Puan Priscilla Michael dan Encik Mike Redway sekali lagi mengadakan Kursus berunsurkan kraftangan kali ini adalah menghasilkan buah kabo. Buah kabo adalah simbol perhiasan bagi Kaum Orang Ulu tetapi kini digayakan oleh pelbagai kaum kerana bentuknya yang menarik dan pembuatannya yang halus. Kursus kali ini disertai oleh 21 orang peserta.
Kursus kali ini juga dikunjungi oleh MCMC CRO iaitu Encik Katirawaan Rajadran dan Encik Haslami Othman. Mereka menjenguk sebentar dan melihat penghasilan manik buah kabo oleh para peserta. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk membantu usahawan baru memperluaskan perniagaan mereka dengan orang ramai. Selain itu, membantu menambah pendapatan mereka dengan menjadi tenaga pengajar untuk setiap sesi pembelajaran yang dilakukan. Pusat Internet menjadi satu platform untuk para usahawan untuk berniaga secara dalam talian dan boleh mempromosikan mereka.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kursus ini adalah peserta boleh mendapat ilmu membuat manik dan boeh membantu mereka untuk membuka peluang perniagaan. Tempat khas disediakan di Pusat Internet iaitu dalam bilik latihan dan peserta boleh mengikuti kelas dengan selesa. Selain itu, tenaga pengajar boleh meningkatkan teknik bercakap di hadapan umum supaya mereka lebih yakin untuk mempromosikan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: