Kursus Membuat Blog
7 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada Ahad yang lalu telah diadakan Kursus Membuat Blog di Pusat Internet Kg Taee. Kursus Membuat Blog ini mengajar peserta untuk mengetahui perkara asas untuk membuat blog dari membuat emel sehingga pengisian kandungan dalam blog masing – masing. Blog mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri untuk pencinta penulisan menghasilkan karya mereka dalam bentuk digital dan info – info yang peserta ingin kongsikan. Kursus selama 6 jam ini disertai oleh 8 orang peserta dari pelbagai peringkat umur.
Tujuan blog ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta untuk membuat blog. Blog ini penting untuk usahawan untuk mempromosikan produk perniagaan mereka di dalam blog dan pelajar untuk berkongsikan info – info pengetahuan. Selain itu, mempromosikan fungsi Pusat Internet Kg Taee sebagai platform untuk pelbagai kursus dan sebagai tenaga pengajar yang boleh membantu komuniti.
Kelebihan dan kebaikan Kursus Membuat Blog ini adalah memberi peluang kepada para usahawan untuk mempromosikan perniagan mereka di dalam media social yang lebih luas lagi seperti Blogger. Blog boleh dilayari oleh sesiapa sahaja untuk mencari maklumat dan inilah peluang untuk menengahkan sesuatu seperti perniagaan. Untuk pelajar sekolah pula Kursus seperti ini boleh menambah pengetahuan mereka dan memupuk minat dalam penulisan buat mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: