Kelas ICT (Membuat Rangkap Pantun)
10 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada Selasa yang lalu telah dijalankan Kelas ICT dengan membuat rangkap pantun. Pelajar didedahkan dengan penggunaan papan kekunci komputer dan mengenalpasti huruf, nombor dan symbol yang akan digunakan sepanjang pembelajaran kelas ini. Staff menunjukkan contoh rangkap pantun di skrin dan pelajar akan mengikut setiap penggunaan ayat tersebut. Kelas ini dihadiri seramai 14 orang ahli pusat internet yang mengikuti kelas ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah SK. St. John Taee.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan penggunaan komponen komputer dan aplikasi Microsoft Office. Selain itu mengajar pelajar agar mengenalpasti fungsi setiap asas ICT yang telah diajar. Kelas ini juga boleh mengembangkan pemikiran pelajar dengan menyeimbangkan pembelajaran menggunakan teknologi.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini ialah pelajar boleh memanfaatkan masa mereka dengan belajar ilmu teknologi yang menggunakan komputer dan internet. Pelajar juga boleh menggunakan ilmu ini untuk kegunaan mereka di sekolah seperti membuat kerja – kerja sekolah dengan menaip. Kelas ini juga khas untuk ahli Pusat Internet Kampung Taee yang telah berdaftar dan tidak dikenakan sebarang bayaran untuk setiap sesi pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: